Popular Posts

Tuesday, February 22, 2011

pencarian

seandainya ada yang lebih baik akan kau kejar
kau buru...
biar kau alpa, hanyut mahupun tenggelam
dibawa arus kelalaian hingga satu saat...
andai bisa kau sedar
apa yang kau cari
ada dalam diri
merajai setiap ruang fikirmu yang tak mampu
untuk kau sendiri terokai
apalagi untuk kau hayati
dengan naluri sejati...
seorang pekerti,
kerana hati dan matamu
yang buta dek godaan fatamogana...

andai bisaku sampaikan..
setiap wadah derita hati
untuk kau mengertikan
untuk kau fahami
untuk kau hayati...
sudah pasti...kini...
kita telah menyulam
bahagia sendiri...
sudah pasti
kita tidak derita begini...

dulu...
akulah nadimu
akulah suara hatimu
akulah derita jiwamu...

kini
kau dan aku menyepi
dalam dunia sendiri
yang semakin jauh
dari hari terciptanya
janji-janji
kau pergi...aku menyendiri
dan..
terciptalah
ritma sepi tanpa nada
dalam dunia kita yang semakin berbeza...

MPA Building
4.46 p.m.
21.1.2011

No comments:

Post a Comment